Sunday, May 24, 2009

Selamat datang

Assalamualaikum dan salam mesra..

pagi ini saya telah mendapat email Diari Puan Lisa Hilmi. Saya bukanlah pembeli pakej beliau (mungkin suatu hari nanti kerana sekarang saya ingin fokus CBC terlebih dahulu) tetapi saya berminat untuk membaca kisah kejayaan orang lain sebagai penyuntik semangat dan motivasi diri. Alhamdulillah.. daripada pembacaan selama 5 minit tersebut, telah membuat saya menukar pandangan dan mengambil langkah membuat blog ini. Antara ayat yang agak menyentap pemikiran saya tentang diari beliau adalah

"zahirnya awak nak kaya dan awak nak duit banyak..tetapi dari segi batinnya awak sebenarnya memilih untuk kekal dan terus hidup dengan apa yang awak ada sekarang…"

"Ilmu yang sebenarnya boleh menjadikan impian kita kenyataan…
Ilmu yang mampu mencorakkan masa depan…
Tanpa ilmu ibarat pokok tiada berdahan..
Sepatutnya awak merasa beruntung sebab awak semakin banyak menimba ilmu dan itu yang bakal mengubah hidup awak…"- diari kehidupan Puan Lisa Hilmi.

Benar.. sebelum ini saya hanya fokus untuk mencari kekayaan dan pendapatan tambahan. Cara paling mudah selalu menjadi pilihan seumpama duit jatuh dari langit melayang-layang. Tetapi catatan Puan Lisa membuka mata saya betapa hati yang ikhlas untuk mempelajari teknik dan ilmu memperolehi duit adalah lebih penting.

Mula dari saat ini, saya akan bermula belajar dan mengikhlaskan hati untuk memperolehi hasil dan cita-cita sebagai internet marketer berjaya.. Semoga diberkati dan dirahmati Nya.. Amin

No comments:

Post a Comment